Monday, May 28, 2007

Tiga Hari

Dah 3 hari cuti. Tinggal lagi 13 hari.

Blog pun dah lama tak update. Tak ada mood. Nak cuba bangunkan web guna WP pulak. Lama dah Irwan cadangkan, tapi tak dak masa. Dulu pernah buat guna freeweb, terbengkalai juga.

Kepada Adi, saya tahu awak banyak idea. Tolong bantu saya.

Thursday, May 24, 2007

Nikmatnya cuti

Sedar tak sedar exam dah habis. Tengok kertas yang beratus-ratus nak 'mark' rasa risau pulak. Alamat cuti ni dua minggu ni menanda kertas je lah.

Sekolah tinggal dua hari lagi(Bagi orang Ganu, Kelate dan Kedah 1 hari lagi). Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada 26 Mei sampai 10 Jun. Alangkah bestnya kalau dapat balik Ganu.

26-28 Mei ada program pulak kat sekolah. Perkhemahan Pasukan Beruniform. Aku kena bertugas pada 27 hb (7 pm-7am). 28 Mei Majlis Penutupan. Macam biasa lah, kena baca doa. Kenapalah aku je yang kena suruh. Kan ramai lagi ustaz-ustaz lain. Cikgu-cikgu pun boleh baca gak. Nak minta ubahpun, buku aturcara dah siap. Aduih..aduih.

Biasanya cuti sekolah ni orang sibuk buat kenduri kahwin. Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin baru. Yang belum lagi, cepat-cepatlah rancang. Lepas tu, datang ke Sabah (NDB) untuk "Honey Moon."

Kepada yang baru dapat atau tambah cahaya mata, tahniah!

MAB: Tahniah kepada MNK dan Bob kerana makin bertambah zuriat. Tahniah kepada AH kerana tambah cawangan (jangan pening lepas ni dah la). Selamat Pengantin Baru buat Adlin dan Elias.

Wednesday, May 23, 2007

Pesta Buku Islam Antarabangsa 2007

Peluang yang tak patut dilepaskan kepada peminat-peminat buku Islam.

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama SEKRETARIAT PENERBIT DAN PENGEDAR BUKU ISLAM MALAYSIA (SPEEDI) akan menganjurkan Pesta Buku Islam Antarabangsa 2007 di Negeri Kelantan Darul Naim.

Tarikh: 25 Mei 2007 hingga 4 Jun 2007
Tempat: Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran KOta Bharu, Kelantan Darul Naim
Masa : 10:00 Pagi - 10:00 Malam
Tema : Buku Penyemai Ilmu

Pesta Buku Islam ini merupakan kali pertama ia diadakan di Malaysia. Teringat Ma'rad Dauli kat Kaherah. Ada orang angkut kitab pakai kereta lagi!

Tuesday, May 22, 2007

Hot Summer Sales from RM1.99 onwards!

Sekali lagi Airasia menawarkan harga yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, buka laman airasia.

Booking Period: 22 May - 27 May 2007
Travel Period : 12 Jun - 30 Sep 2007

Note: Fares are only for guests buying in pairs of 2, 4, 6 and 8.

Kenaikan gaji 7.5 hingga 35 peratus

Akhirnya teka teki semakan gaji terjawab.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan (kurang 2.5%-5% seperti yang dituntut oleh Cuepacs) pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

4 Faktor yang diambil kira.

PM berkata, faktor pertama yang diambil kira dalam membuat pertimbangan kenaikan gaji sektor awam adalah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik dalam tempoh lima tahun yang lalu iaitu purata 5.6 peratus setahun.

Perdana Menteri berkata, faktor kedua adalah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.

Faktor ketiga ialah kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Faktor keempat, kata Perdana Menteri, adalah kemampuan kewangan kerajaan di mana pengutipan cukai negara telah bertambah dengan ketara, manakala keberkesanan perbelanjaan telah dapat ditingkatkan.

Semoga dengan kenaikan ini, kakitangan awam (terutama golongan sokongan 2(Gred 1-16) menarik nafas lega. Ini bermakna, pekerja yang bergaji permulaan RM480 akan mendapat RM648. Kan bagus begitu. Kerajaan pun akan lebih bermaruah kerana tidak membiarkan kakitangan mereka hidup dalam "kemiskinan".

Maklumat lanjut tentang gaji(lama) boleh didapati di:
http://www.jpa.gov.my/sistem/bge/inovasi2006/default.htm

Bagi golongan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dinaikkan 15 peratus. Walaupun kurang 5% dari yang diharapkan, aku tetap bersyukur. Kan begitu kawan-kawan! Adalah extra RM300 dalam gaji bulan Julai ni. Bila dicampur dengan Elaun Wilayah, jadilah RM350++.

Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40) dinaikkan 25 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dinaikkan 7.5 peratus.

PDRM dan ATM juga turut mendapat kenaikan. Berapa % ye? Tak ingat. Esoklah beli BH atau UM.

MAB: Tahniah kepada Tuan CO dapat kenaikan 18%. Balik dari Semporna nanti, belanja makan kat Anjung Senja (Lot 14) atau Anjung Selera (TLC) ya!

Demam peperiksaan

Peperiksaan Semester 1 bermula sudah. Pada 15.0507, kertas BAK membuka tirai. Hanya 3 kelas yang terlibat. 1,2 dan 3 Hikmah sahaja. Guru-guru yang mengajar (ikut jadual biasa) dikehendaki mengawas exam. Habis kertas BAK, pelajar belajar seperti biasa.

Peperiksaan Semester 1 kali ini akan berakhir pada 23 hb Mei 2007.

Peperiksaan kali ada sedikit kelainan. Biasanya jadual mengawas dikeluarkan seminggu sebelum peperiksaan, tapi kali ini jadual dikeluarkan setiap hari. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin nak menyelesaikan masalah guru-guru yang ada tugas di luar. Contohnya minggu lepas (17 hb), aku dan Azami terlibat dengan kursus pentaksiran. Dengar khabar, besok ada kelas yang terpaksa digabungkan sebab tak cukup pengawas. 9 orang guru tiada!

Apa yang lecehnya, kita tak bleh nak rancang program. Nak kena check setiap hari, tiap kali ada paper. Macam petang tadi, dah abis jaga satu paper, kena jaga lagi satu paper. Dah lah panas, kipas pulak tak berpusing!

Secebis harapan guru Bahasa Arab

SEPERTI biasa, Hari Guru disambut secara meriah di seluruh negara setiap kali tarikh 16 Mei. Ya! Sesuatu yang tidak dinafikan bahawa Hari Guru merupakan hari untuk kita mengingati jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh insan yang bernama guru.
Pada kali ini perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

Di ruangan ini, mari kita berbicara masalah yang dihadapi oleh guru-guru secara umum dan guru-guru Bahasa Arab secara khusus.

Secara amnya, kenaikan pangkat bagi guru adalah begitu terhad berbanding pegawai sektor awam yang lain. Ini kerana bilangan warga pendidik adalah yang teramai iaitu lebih kurang 320,000 orang.

Di kalangan warga pendidik sendiri pula, sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah nasib guru-guru bahasa Arab. Secara dasarnya guru-guru bahasa Arab siswazah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Guru Pendidikan Islam (PPPS GPI). Mereka diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Japim).

Sebagai warga Malaysia yang telah mendapat pendidikan agama sejak kecil hinggalah ke peringkat universiti, guru-guru Bahasa Arab (GBA) bersyukur kerana mendapat sesuatu yang berharga iaitu pengetahuan tentang bahasa al-Quran. Berbekalkan sedikit ilmu yang dianggap sebagai kunci ilmu pengetahuan ini mereka boleh menjadikannya sebagai bekalan bermakna dalam meneroka pelbagai ilmu Allah yang sangat luas ini.

Dalam hal ini, GBA bukanlah dikategorikan sebagai guru yang mengejar pangkat, wang, kebendaan material, kemasyhuran dan sebagainya. Apa yang dilakukan oleh GBA adalah semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ini dapat dilakukan dengan menjadikan mengajar bahasa al-Quran kepada mereka yang berminat sebagai profesion utama.

Sehubungan itu, GBA amat bersemangat membantu KPM dalam menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terutamanya berkaitan misi memartabatkan profesion perguruan.

Bagaimanapun, hasrat GBA membantu kementerian kurang berhasil. Ini kerana banyak cadangan GBA sukar diterima kerana GBA cuma seorang guru biasa berpangkat rendah.

Walaupun begitu, GBA sebenarnya telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang berbanding guru akademik yang lain. Antara beberapa faktor kecemerlangan GBA yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian ialah:

1-GBA adalah pemegang biasiswa KPM dalam empat peringkat pengajian bahasa Arab iaitu sarjana muda, diploma pendidikan, sarjana dan ijazah kedoktoran.

2-GBA merupakan bekas pelajar yang cemerlang di peringkat SPM . Mereka melanjutkan pelajaran ke tahun satu Fakulti Bahasa Arab di beberapa buah negara Arab walaupun cuma belajar Bahasa Arab selama lima tahun (tingkatan satu hingga lima).

3-GBA memulakan perkhidmatan pendidikan dengan ijazah sarjana muda kepujian dan diploma pendidikan ketika berumur 22 tahun. Ini kerana mereka tidak melalui matrikulasi atau STPM atau pra 'U' dan meneruskan diploma pendidikan sebaik tamat sarjana muda. Oleh itu senioriti mereka adalah lebih tinggi berbanding guru akademik biasa yang memulakan perkhidmatan ketika berumur 25 tahun.

4-Di sekolah, GBA boleh mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lain-lain jika diperlukan. Dalam hal ini, adakah guru akademik boleh mengajar Bahasa Arab?

5-Walaupun GBA tidak dibekalkan dengan komputer berbanding guru sains, matematik dan bahasa Inggeris, mereka masih mampu menghasilkan bahan bermutu seperti buku teks, akbar, majalah, rakaman radio dan laman web bahasa Arab. Perlu diingatkan juga GBA sebenarnya menghadapi masalah kerana kebanyakan kedai siber tidak menyediakan program bahasa Arab dan jawi. Oleh itu GBA yang berinovasi telah menukarkan masalah tersebut kepada peluang.

6- GBA sangat diperlukan perkhidmatannya di peringkat antarabangsa oleh pelbagai pihak di luar kementerian. Antaranya, Tabung Haji yang menawarkan jawatan Guru Agama di tanah suci kepada GBA. Perkhidmatan GBA yang cemerlang sebagai petugas haji di tanah suci juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini.

7-Hasil inovasi GBA mendapat penganugerahan dari dalam dan luar KPM. Antaranya Guru Inovatif dari Pusat Perkembangan Kurikulum dan Tokoh Inovasi mengikut prinsip Islam Hadhari sempena sambutan hari kebesaran Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

8-GBA juga berjaya mengembangkan bahasa Arab walaupun diarahkan bertugas di sekolah yang tidak menawarkan subjek tersebut. Usaha GBA tersebut adalah bertepatan dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar berfikir di luar kotak. Hasilnya memang sungguh memberansangkan apabila pembelajaran Bahasa Arab mula menarik minat bangsa Cina dan India.

Sehubungan itu, sempena Hari Guru ini, KPM diharap dapat meletakkan kepakaran GBA sesuai dengan tempat yang selayaknya. Permudahkanlah urusan kenaikan pangkat Guru Cemerlang (GC) Bahasa Arab.

Setakat tahun 2006, bilangan GC Bahasa Arab tidak melebihi tujuh orang di seluruh Malaysia. Ia amat sedikit berbanding subjek lain. Sebenarnya bukan tidak ramai GBA yang memohon tetapi syarat yang tidak relevan menghalang mereka.

Bayangkan bagaimana seorang guru siswazah Bahasa Arab yang telah berkhidmat selama lebih 15 tahun masih dianggap tidak layak dilantik sebagai GC walaupun telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah memperoleh sarjana muda, diploma pendidikan, sarjana dan ijazah kedoktoran dalam Bahasa Arab.

Kesemua peringkat pengajian tersebut ditaja oleh Bahagian Biasiswa kementerian. Guru tersebut juga adalah penulis dan jawatankuasa kawalan mutu beberapa buah buku teks KBSM di samping terlibat secara aktif dalam pembinaan kurikulum Bahasa Arab.

Selain itu, beliau juga satu-satunya guru agama yang lulus dalam peperiksaan PTK yang pertama 2003 di salah sebuah negeri. Prestasi markah beliau di sekolah setiap tahun juga melebihi 90 peratus.

Beberapa anugerah sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan berkaitan inovasi dalam bidang yang berkaitan juga diterima untuk beberapa tahun berturut-turut.

Kepakaran bahasa Arab turut dikongsi bersama oleh masyarakat setempat atau beberapa organisasi lain seperti Tabung Haji, universiti, media sama ada cetak mahupun elektronik dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, disebabkan guru tersebut tidak mengajar di sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Arab, maka secara automatik beliau dianggap tidak layak memohon GC Bahasa Arab.

Ini suatu syarat yang boleh dipinda kerana guru tersebut telah diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk berkhidmat di situ, walaupun beliau pernah merayu ditempatkan di sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Arab. Dalam hal ini, guru tersebut telah menurut arahan PPD walaupun arahan tersebut tidak menepati visi dan misi Bahagian Biasiswa KPM sendiri.

Kementerian juga harus mengambil iktibar daripada kisah seorang profesor berbangsa Turki, Prof. Dr. Fuat Zeghzin, 83. Beliau adalah pakar sains tamadun Islam yang bertanggungjawab membawa pameran Tamadun Islam pada awal Januari lalu ke Pusat Sains KLCC.

Walaupun dianggap pakar sains, beliau sebenarnya bukanlah pemegang ijazah sains tulen. Beliau pada hakikatnya merupakan pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Bahasa Arab ketika berumur 40 tahun. Beliau berjaya membuktikan bahawa bahasa Arab adalah kunci ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Oleh kerana Kerajaan Turki kurang menghargai kepakarannya, maka Kerajaan Jerman terus menyambar kepakarannya dengan menawarkan jawatan yang menarik.

Bayangkan bagaimana Jerman memanfaatkan kepakarannya selama lebih 40 tahun. Turki yang tidak mengambil manfaat daripada kepakaran warganya sendiri kini hanya mampu menggigit jari akibat kesilapan sendiri.

Selamat Hari Guru. 'Guru Penjana Modal Insan Gemilang'.

Guru dan peluang (16 jenis guru sempena Hari Guru 16 Mei)

* Yang berminat menjadi guru menghidu peluang.
* Bakal guru mencari peluang.
* Guru sandaran merebut peluang.
* Guru biasa mengambil peluang.
* Guru bermasalah mensia-siakan peluang.
* Guru yang tidak minat membaca tidak mengenali apa itu peluang.
* Guru tidak bermotivasi membiarkan sahaja berlalunya satu peluang.
* Guru bermotivasi mengintai-intai peluang.
* Guru yang bersyukur memanfaatkan peluang.
* Guru kaunselor berbicara soal peluang.
* Guru perunding menilai peluang
* Pensyarah (bekas guru) membentang kajian tentang peluang.
* Guru inovatif menukarkan masalah menjadi peluang.
* Guru cemerlang meneroka peluang.
* Guru gemilang memberi peluang.
* Guru terbilang mencipta peluang
Yang pasti, selagi kita hidup, Allah sentiasa menganugerahkan peluang.

Dipetik dari email yang diforwardkan ke e-group GBA-Malaysia.

Monday, May 21, 2007

Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru BA

18 hingga 20 Mei Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru BA KAA (Sabah) yang diadakan di Borneo Paradise Beach Hotel (96KM dari KB/31KM dari Inanam). Kursus ni dianjurkan oleh JAPIM dengan kerjasama sebuah consultant.

Program ni diadakan untuk menaikkan kembali prestasi BAK yang merosot teruk dalam PMR tahun lepas.

Pada masa yang sama juga ada kursus Peningkatan BAK untuk pelajar-pelajar KAA. Setiap sekolah kena hantar 4 orang pelajar.

Lepas je peperiksaan 18 hb (5:30 Ptg), aku terus bertolak ke tempat kursus bersama 4 orang pelajar. Singgah rumah kejap. Sampai di Hotel jam 8:40 malam. Malang sungguh, makanan dah abis (waktu Dinner 6:30-8:30 mlm). Lepas program malam tu (10 pm), baru pergi cari makan. Kesian tengok Hafizuddin, Zaidi, Fatin dan Hazirah kelaparan. 'Afwan!

Program untuk pelajar dikendalikan oleh Al-Farabi Consultant sementara GBA dikendalikan al-Fadhil Ustaz Mat Taip bin Pa (tengah buat Phd), Pensyarah BA di UM. Beliau adalah di antara pakar rujuk Bahasa Arab di Malaysia. First time jumpa dia. Tak perasaan pulak beliau adalah Pengerusi Panel Kawal Mutu buku BAK T1 dan T2. Banyak dapat input-input baru dari beliau. Syukran laka ya ustaz!

Kebanyakan guru yang hadir orang-orang lama. Ust Norazamudin, (Maktab Sabah), Ust Wan Mohd Mumtazi (SMK Kuala Penyu), Ust Sufian (SMK Sanzac), Ust Mohd Sharif (SMK Membakut), Ust Azli (SMK Badin), Ust Fadzli (SMK Majakir), Ustz Salwaniah (SMK Gadong), Ustz Zanariah (SMK Kota Marudu), Ustz Saidah (SMK Tamparuli), Ustz Siti Nahar(SMK Benoni), Ustz Durratul Ain(SMK Perempuan), Ustz Noraini(SMK Pengiran Omar), Ustz Rosyawati (SMK Telupid), Ustz Noryanti(SMK Kundasang), SMK Ruzilawati (SMK Tebobon),Ustz Fatimah Malini (SMK Taun Gusi), Ustz Zaleha(SMK Gadong) dan Ustz Aidah (SMK Mat Salleh).

Ada guru yang terkejut kerana sampai-sampai je kat Hotel, kena "kursus". Ingatkan jadi guru pengiring je. Aku pun ingat begitu juga, nasib baik call penganjur.

Habis je kursus tengahari Ahad, aku ke KB hantar pelajar-pelajar.

Balik dari KB, singgah rumah Ust Fikri (pegawai J-Qaf JPN Sabah). Beliau terkejut kerana fasi-fasi diambil dari kalangan guru j-Qaf. Mengapa tak ambil guru-guru BA yang lebih berpengalaman, katanya. Apalah bukti kejayaan yang mereka dah tunjukkan (Bos j-Qaf sendiri belum berpuas hati dengan anak-anak buahnya). Aku terfikir juga, mengapa tak lantik je guru-guru pengiring sebagai fasi. Kan lebih bermakna. Guru dan pelajar bersama-sama dalam semua akiviti. Then balik, boleh buat kat sekolah pulak. Ini, kami tak tahu apa program pelajar (melainkan apa yang diberitahu oleh pelajar).

'ala kulli hal, semoga prestasi BAK tahun ini akan melonjak naik.

MAB: AKu yang paling tension nak mengekalkan prestasi tahun lepas (95%).

Friday, May 18, 2007

Uji Minda

Siapa yang berkata:

"Make yourself necessary to somebody."

"Exercise: you don't have time not to.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR

Hari ni kena menatarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) untuk MP BAK peringkat KOBTAR.

Penataran PBS Peringkat KOBTAR bermula hari Isnin lagi. Mula dengan BM dan BI. Selasa (Sejarah dan Geografi). Rabu (KH) dan hari ini giliran Bahasa Arab Komunikasi (BAK), Pendidikan Islam (PI)dan Sains (PEKA-Practical Work Assessment)

Untuk slot yang pertama, kami bergabung dengan PI. Pembentangan Dasar dan Konsep PBS yang disampaikan oleh Pn Rosnani Sidin (Pentaksir Negeri PI) berjalan lancar. Untuk pengetahuan semua, beliau juga JU PI.

Selepas minum pagi, kami (PKw/PS BAK) bergerak ke Bilik Dahlia. Kalau penataran PBS untuk PI dibahagikan kepada beberapa pembentang, aku keseorangan hari ni. Ustazah Zahirah (sama-sama hadir ke Mesyuarat Penataran PBS di Airport View 20-23 Mei) berpaling tadah. Jangan marah ya Ustazah.

Penataran PBS BAK berkisar sekitar Pengoperasian, Kerangka Penataran, Instrumen Penataran,Perancangan Penataran dll.

Guru-guru yang hadir:
1. Ust Faisal b Sayuti - SMK Mat Salleh
2. Ust Jihadi bin Saad - SMK Lohan
3. Ust Khairul Nizam b Abu Bakar - SMK Tamparuli
4. Ust Shamsul Hazlan bin Muhammad Kamal Hakim - SMKA Tun Said
5. Ust Muhamad Normy bin Hj Sidin - SMKA Mohd Ali
6. Ust Baharuddin bin Abdul Majid - SMK Taun Gusi
7. Ust Madrissaffiee bin Tahiruddin - SMABK Al-Irsyadiah
8. Ustz Noryanti binti Kahar - SMK Kundasang

......

Bersumberkan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bertarikh 1 Mac 2007, Sekolah wajib melaksanakan PBS bagi semua mp yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Pelaksanaan PBS ini dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh LPM.

PBS (bukan Parti Bersatu Sabah Ya), meliputi perancangan mentaksir, menskor dan mengisi skor calon menggunkan aplikasi Kerja Kursus PMR.

Tempoh pelaksanaan PBS dilaksanakan serentak di semua sekolah seluruh negara mulai Januari hingga 31 Julai 2007.

Selepas tarikh itu, SUP PMR memasukkan markah PBS berasaskan aplikasi KK PMR sehingga 5 Ogos.

Kemudian disket markah dan cetakan markah dihantar ke PPD/PPB/UPP JPN (9-11Ogos).

22-24 Ogos, UPP JPN akan menyerahkan salinan cetakan markah dan disket markah ke LPM.

Thursday, May 17, 2007

SELAMAT HARI GURU

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG
TERIMA KASIH CIKGU!

Demikianlah bunyi Tema Hari Guru 2007.
Nak jadi penjana Modal Insan Gemilang plus Kelas Pertama bukan senang tu. Bunyi macam senang. Tapi, berapa ramai guru yang menghayati tugasnya sebagai seorang pendidik.

berapa ramai guru yang sabar menghadapi kerenah nak muridnya

berapa ramai guru yang berperanan mengajar sambil mendidik anak muridnya (menjadi MIKP)

berapa ramai guru yang menjadi guru kerana betul-betul kerana minat (bukan kerana tak dapat kerja lain atau sekadar menjadi batu loncatan)

berapa ramai guru yang berjaya menjadikan dirinya sebagai qudwah hasanah

berapa ramai guru yang .....

Berapa ramai warga guru di Malaysia ya? Tak tahulah..Rasanya lebih dari sepertiga kakitangan kerajaan!


Anyway,


SELAMAT HARI GURU BUAT DIRI SAYA DAN GURU-GURU SEKALIAN

Wednesday, May 16, 2007

Teacher Of The Year

Seorang kawan singgah beli reload. Dia bagi tau, besok dia dapat anugerah...sempena hari guru...6 anugerah sekaligus. 6 dari 8. Hebat! Hebat!

Guru Dedikasi
Guru Prihatin
Guru Kemas
Guru Popular
Guru Ceria
Yang paling hebat..dia dapat anugerah...

Teacher Of The Year.

Bestkan...

Mengikutnya lagi, pelajar-pelajar yang undi. Wow! It's means memanglah dia ni guru yang paling ramai peminat kat sekolahnya.

Macamana dia tahu semuanya? OOOO! Ada orang bocorkan rahsia. So, besok dia pura-pura terkejutlah. Nanti tak best pulak kalau dia buat "deeek" je.

Bagus sekolah cikgu ni. Buat macam-macam anugerah. Bagi motivasi kat guru-guru.

Itu buat guru yang cemerlang, bagaimana yang tak cemerlang? Bagi anugerah "GK"????


Aku: TOTR

Tuesday, May 15, 2007

Imbuhan Untuk Guru

Belum lagi ada apa-apa berita tentang tentang tuntutan Cuepacs, kerajaan mengumumkan lagi beberapa imbuhan yang bakal diterima oleh warga guru. Berdebar-debar dada guru. Adakah imbuhan yang bakal diumumkan pada 16 Mei ini akan dinikmati oleh semua warga guru, atau segelintir sahaja.

Formula 40:30:20:10 peratus telah mencetuskan pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat. Sama-sama lah kita tunggu.

Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam ialah pada tahun 1991. Masa tu aku baru tahun satu.

Seingat aku, sejak aku kerja, ada dua kali kenaikan 10% x 2. Tapi itu bukan atas semakan semula, cuma penyelarasan sahaja. Aku pun tak tak tahu (dan takk nak ambik tau) apa beza semakan dan penyelarasan.

al-muhim,gaji naik.

Jika kerajaan naikkan gajipun memang wajarpun. Kesian "kaki dan "tangan" kerajaan. Kenaikan tahunan gaji, tak sempat nak hambat kenaikan harga barang.

Cuba bayangkan, masa aku mula sampai di Sabah (15.01.2000), tak lama lepas tu KK diisytihar Bandaraya (02.02.2000) harga petrol baru RM1.08. Selepas beberapa kali naik, harganya menjangkau RM1.90 seliter.

Setiap hari, aku gunakan 11 liter untuk ulang-alik Inanam-KB.
2000-? : 11 x RM1.08 = RM11.88
2006-? : 11 x RM1.90 = RM20.90

Jika harga minyak naik 10 sen seliter, kena tambah RM1.10 sehari!

Dari 2000-2006 kenaikan bahan bakar sahaja hampir 76%!

Bila minyak naik, semua barang naik (Minyak turunpun barang tetap naik!).

Selalu saya dengar orang berkata, "Lebih baik gaji tak naik, kerana naik gaji, barang-barang pun turut naik. So, tolak campur, sama je."

Saya rasa tak begitu, walaupun gaji tak naik, barang tetap naik (sama ada kita sedar atau tak). So, mana lebih baik, naikkan gaji atau biarkan "kaki" dan "tangan" anda terus dihimpit "ketidakcukupan".

MAB: Bilalah dapat isi minyak 10 sen seliter!

Monday, May 14, 2007

SELAMAT HARI IBU

Ketika pulang dari sekolah hari Jumaat lepas aku terdengar siaran Al-Lughah Al-Jamilah kelolaan Mona Jasman dan Ustaz Arshad. Topik hari ini ialah berkenaan dengan sambutan Hari Ibu.

Pemanggil-pemanggil membuat panggilan dalam Bahasa Arab. Mereka ditanya tentang sambutan Hari Ibu dan juga bagaimana mereka menyatakan penghargaan mereka kepada ibu mereka.

Malangnya, siaran tersebut tidak berapa jelas kerana para pemanggil tidak menutup@menjauhkan radio ketika membuat panggilan.

Berkali-kali Mona Jasman mengingat "Ibta'id al Mizya' lau samahta", tapi tidak diendahkan. Mungkin tidak faham.

Saya tertarik dengan seorang pemanggil, yang menyatakan orang melayu tidak berani atau malu menyatakan kepada ibu-ibu mereka "Ibu, saya sayang ibu". Saya tidak tahu sejauhmanakah kebenaran kata-kata ini.

Mungkin generasi yang lalu tidak diajar untuk mengucapkan kata-kata sayang atau cinta. Namun, bukan bererti tidak sayang atau cinta, cuma ia diterjemahkan dalam perbuatan. Jaga kebajikan ibu bapa, telefon, jaga hati, buat apa yang mereka suka,bawa makan angin dan macam-macam.

Sepatutnya, anak-anak kita dididik dari kecil lagi untuk menyayangi dan menghargai ibu bapa.

Ini lah kata Huda kepada maminya pagi tadi:

"Mami...Selamat Hari Ibu! Huda sayang mami! Terima kasih kerana melahirkan Huda. Terima kasih kerana menjaga Huda." Kalau anda seorang ibu, apa perasaan anda?!!

Bila tiba giliran Adam pulak, dia kata "Adam tak tahu nak cakap....selamat Selamat ari ibu mami!"

........

Jam 3 pagi tadi saya terdengar perbualan seorang pemanggil dengan DJ radio IKIM yang bertugas.

Pemanggil ni anak bongsu dari 9 adik beradik. Dia juga ibu kepada 8 orang anak.

Saya "ghalik" dengar dia bercerita. Antaranya:

"Suami saya ialah seorang anak yang baik kepada ibunya. Dia sentiasa mentaati dan mengutamakan ibunya. Saya beruntung mendapat suami sepertinya. Saya tahu, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Tapi saya, syurga terletak di bawah telapak kaki suami. Berat tanggungjawab suami saya. Di samping, saya dia kena jalankan tugasnya sebagai seorang anak."

Pemanggil ini juga sentiasa mendorong suaminya untuk menjalankan tugasnya sebagai anak kepada ibubapanya. Memang sah lah dia seorang isteri yang baik. Di samping didikan keluarganya, mungkin ini juga faktornya. Kata pemanggil tersebut "Suami saya lah yang mendidik dan membimbing saya. Peranan suami sangat besar. Kalau baiklah suami, nescaya baiklah isteri."

Apa yang pasti, segala-galanya akan ok, kalau kita hidup berpaksikan ajaran agam kita yang maha suci.

......

Sama-samalah kita renungkan sejenak ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi di bawah ini.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."


Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14 yanng bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."


Di antara hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan ibu:
"عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ."
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Baru dan Lama

Sabtu 12 Mei 2007 melakarkan satu lagi sejarah dalam hidupku.

Seperti biasa, jam 6:30 pagi aku buka kedai. Hari Sabtu biasanya jualan ok sikit, kerana kedai sebelah tutup.

Tapi, hari ini aku terkejut besar...

Kedai sebelah kami sudah buka. hairan. Biasanya hari Sabtu tutup. Owner kedai sebelah ni SDA. Jadi hari sabtu dia pergi sembahyang. kenapa lak hari dia off.

ooooooo rupanya dah bertukar tuan sudah.

Tercegat kat kaunter bukanlah orang lama...tapi orang baru...orang jauh pulak tu. Pakistanese...Kalau kat Sabah ni , Pakistanese dan Mamak terkenal dengan kedai runcit dan kedai makan 24 jam.

Dapat kawan baru lagi tapi, rasa terkilan sikitlah. Sepatutnya dia take over kedai aku ni. Sebenarnya aku dah tak larat nak handle kedai ni. Tak cukup masa. Tahun ni ajar semua kelas peperiksaan, banyak keluar kursus dan mesyuarat, tak dak masa dengan family dan lain-lain sebab le.

Hari Khamis dia call, nak bincang pasal kedai. So, aku suruh datang pagi Jumaat. Tunggu punya tunggu tak muncul. Lepas aku ke sekolah, dia datang...pergi kedai sebelah. Masa pulang dari sekolah malam tu, ramailah Pakistanese kat depan kedai sebelah tu..bersembang dengan tuan punya nya. Tak sangka pulak ada "perundingan".

Jadi, sahlah mereka dah cabut. Aku punye idea, dia orang yang chao. Tu..mesti tak berani nak bersaing dengan Pakistanese tu.

Aku tak kisah dengan Pakistanese tu, cuma aku hairan kenapalah asyik aku je yang jadi mangsa. Ibarat orang lumba lari...Orang lain lari berganti-ganti, tapi aku single je. macam pelari marthon pulak!

Kronologinya begini:
April 2004 - Pindah ke City Aprtment
16 Mac 2005 - Buka CT Mart.
16 Disember 2005 - Orang baru datang, buka kedai sebelah aku.
16 Oktober 2006 - Dia serah kat kawan dia (orang kedua)
12 Mei 2007 - Pakistanese (orang ketiga).

Aku betul-betul penat...kenapalah jadi begini. Kalau aku tahu begini, aku pun tak mahu buka kedai. Dulu buka sebab tak ada kedai kat sini, jadi niatnya nak bagi servis pada residen kat sini.

Rezeki memang lah rezeki masing-masing. Persaingan memang lah adat dalam perniagaan. Seorang kawan(Ex- Senior General Manager Delima Oil Product) pernah menasihati aku: "Kalau tak ada persaingan, itu belum lagi perniagaan. Bila dah ada persaingan barulah bermulanya perniagaan". Nasihatnya memanglah bagus. Sebab dengan adanya persaingan, barulah terbukti siapa yang betul-betul terer. Masalahnya, dalam konteks aku kat sini, berbaloi ke tak?

Lagipun, aku memang dah nak berundur. Nak bagi laluan bagi orang yang betul-betul nak bisnes. Aku part time je.

Sunday, May 13, 2007

Sukaneka

Sempena hari guru, Kelab Staf Smard (KSS)menganjurkan Sukaneka pagi Sabtu 12 Mei 2007. Jam 7:40 turun dari rumah. Huda dan Adam ikut sama. Sampai di sekolah, sukaneka dah selesai. Awal pulak acara mula. Anyway, bagus juga. Tak lah kotor pakaian. Acara yang tinggal ialah Sepak Manggis (untuk guru lelaki) dan Batu Seremban (untuk guru perempuan.

Duduk lebih kurang 30 minit, Azami ajak pergi kenduri rumah Ustaz Khalil. Anak lelakinya kahwin. Lepas makan, singgah kat Pasar Kota Belud beli Ayam,mee kuning dan sawi. Tak pernah beli ayam atau daging kat Pasar Besar KK. Was-was. Sama ada beli di KB atau kat Ahstar Trading dan kedai Ustaz Ku di Likas.

Saturday, May 12, 2007

Sabtu: Antara keluarga dan Tugas

Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk berkumpul bersama keluarga. Malangnya, oleh kerana masa bekerja (Isnin-Jumaat) belum cukup lagi, maka Sabtu dan Ahad bukan milik mutlak kita bersama family. Mungkin inilah kos yang perlu kita bayar untuk mengejar CGT.

Kadang-kadang aku sendiri jadi bingung. Jika ada program hari Sabtu, mulalah susah hati. Nak pergi atau tidak. Nak pergi pun susah tak pergi pun susah. Sabtu lepas, kena attend Mesyuarat Kurikulum. Sebagai KP BA, aku tak leh excuse. Minggu ni ada sukaneka anjuran KSS sempena sambutan Hari Guru. Minggu depan bawa pelajar ke Program Kecemerlangan KAA (18-20 Mei). Sabtu 26 Mei, ada perkhemahan pulak.

Kan bagus kalau kita diberi pilihan. Yang wajib, tetap wajib dibuat. Yang Sunat, buat dapat pahala, tak buat tak berdosa (tak payah bagi surat tunjuk sebablah). Yang Harus, buat pun takpe, tak buatpun takpe. Kalau sesuatu kerja tu memang kita punye kerja, dan tak ada orang lain yang boleh buat, kenalah kita buat.

Imam Hassan Al-Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya, lalu beliau menjawab:
"Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambiloleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

"Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak akan dilakukan oleh orang lain, maka aku lakukannya."

"Aku tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, maka aku takut Dia (Allah) melihatku melakukan maksiat."

"Aku tahu bahawa mati menungguku, maka aku bersedia dengan bekalan untuk bertemu Allah SWT."

Dipetik dari Buku Teks PAI T3 ms 243.

Kelas Ganti

Khamis 10 May..Seawal jam 9:30 aku bertolak ke sekolah. Sampai di sekolah jam 10:30 pagi. Semua guru-guru pagi hairan...."Awal hari ni Ustaz!" Apa tak, sidang petang mula jam 12:20 th. Sebenarnya banyak kerja nak buat. Hari ni sepatutnya ada dua kelas je. Tapi, dapat memo dari PP kena jadi guru ganti (SGDG:Cuti isteri bersalin). Nasib satu masa je. Tak juga susah. Ajar PM kat budak-budak NM.

Hari ni (Jumaat) giliran aku kena baca khutbah kat sekolah. Khutbah tak buat lagi. Nasib baik khutbah Jakim hari ni ok. Print Out je. Tajuknya sesuai dengan pelajar-pelajar. Sempena Hari Ibu.

Hari ni ada satu kelas je, tiba-tiba dapat lagi satu memo. Kena ganti kelas KH-PT (SGDG:Mesyuarat). Wah! Hari ni jadi guru KH pulak!

Lagi ramai guru keluar, makin bertambahlah kemungkinan untuk jadi GG. Ini belum termasuk lagi guru-guru yang akan bersalin. Rasanya lebih 10 orang. Sorang dah, dua tunggu hari je, dan ramai lagi sedang membilang hari.

Kehebatan Niat

Minta izin dari Ustaz Ahmad untuk siarkan semula coretan ustaz mad (ahmad@mmu.edu.my) kat blog saya.

Hebat! Memang hebat perkara 'niat" ini.
.
Dengan niat, kita mendapat ganjaran amalan yang belum dilakukan.
Ganjarannya pula bukanlah sedikit. Sama dengan pelaku sebenar.
.
Imam Bukhori meriwayatkan daripada Abu Hurairah mengenai orang
yang melihat orang lain menyumbang hartanya pada ketaatan kepada
Allah swt, lalu dia berkata:
"Kalaulah saya mempunyai harta, pasti saya melakukan padanya
seperti apa yang dia lakukan". Baginda bersabda: "Maka mereka
berdua adalah sama dari segi pahala". (riwayat Imam Bukhori).
.
Sebenarnya, niat baik merupakan langkah awal kepada perlakuan sesuatu
amalan baik. Walaupun kita belum berkemampuan untuk melakukan amalan baik
tersebut, pasanglah niat untuk melakukannya bila ada kemampuan. Tidak rugi.
Bahkan kita akan memperolehi pahala seperti hadis di atas.
.
Sekian semoga bermanfaat.
ahmad

Thursday, May 10, 2007

Bila "Cash Deposit Machine" Meragam

Lepas solat Isyak, aku ke KK nak bank in duit kat AM Bank. Bukan aku punya. Kawan minta tolong. Sampai sana, mesin CDM tak berfungsi dengan baik. Mesej "You request in prosessing". Lebih kurang begitulah bunyinya. Tak hafal lak. Tunggu punya tunggu, tak juga selesai-selesai. Aku pun ke AM Bank di Damai. Malangnya, "Sorry! This machine is in servicing." ntahlah tak ingat aku. Tapi bolehlah faham, mesin tak berfungsi buat sementara waktu. "Datang semula ye." Jika mesin tu boleh bercakap, pasti dia akan kata begitu.

Masalahnya, kami ni tak ada kerja lain ke sampai 2 3 kali ke bank semata-mata nak selesaikan perkara yang very simple. Mesin CDM kat Standard Chartered pun selalu "Unavailable". Why? Kata perkhidmatan 24 jam? Bayangkan, tahun ni saja dah 3 kali aku terkena. Pasal CDM ni, tabiklah pada HSBC.

SESB dan Aiskrim

Tak lama lepas aku bertolak ke sekolah, bekalan elektrik di Inanam terputus. City Apartment tidak terkecuali. Katanya ada pembaikian. Masalahnya, apa yang berlaku kepada kedai-kedai di sekitar Inanam? Bila mendapat telefon dari isteri (dah petang) tentang bekalan elektrik yang terputus dari pagi lagi, aku terbayangkan aiskrim kat kedai. "Cair lagi lah nampaknya." "Minggu lepas baru ambik order. Habislah hancur aiskrim."

Sampai je di rumah, aku terus ke kedai nak lihat keadaan aiskrim. confirm, semua cair. Ni kali ke dua tahun ni. Apa lah agaknya salesman Kian Yap fikir. Baru je return 2 minggu lepas, nak return lagi. Mana lah tau nak berlaku macam ni. Tanya lah SESB. Kalau lambat bayar sikit, potong bekalan. Habis, orang yang rugi setiap kali bekalan terputus, siapa nak tanggung?

Meeting dan meeting

Hari ni kena pergi awal ke KB. Ada dua meeting pagi ni. Jam 9:00 meeting di BTP pasal PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Bincang pasal tarikh dan pentaksir yang akan dijemput dari setiap sekolah. Keputusannya, kami akan adakan penataran PBS peringkat Gabungan Kota Belud dari 14 - 17 Mei 2007. Dua matapelajaran akan digabungkan dalam satu hari.

Untuk Bahasa Arab, kami bergabung dengan PAI dan Peka Sains pada 17 hb Mai ini. Sekolah dalam Gabungan Kota Belud yang menawarkan BA tak banyak, ada 9 buah je. Kena tatarkan untuk pentaksir-pentaksir BA Khamis depan, mulai jam 8 pagi hingga jam 4"30 petang.

10:30 selesai meeting. Terus ke sekolah. Jam 11:45 meeting Kelab Staf Smard. Rancang pelaksanaan aktiviti sambutan Hari Guru 2007 SMK Arshad. Acara sambutan merangkumi doa selamat dan bacaan Yasin, Perlawanan persahabatan Bolasepak dan badminton, pertandingan karaoke, sukaneka dan diakhiri dengan jamuan pada 25 Mei ini. Tak tahulah apa nak jadi, hari Sabtu pun tak leh rehat.

Wednesday, May 9, 2007

Selasa yang memenatkan

Seperti biasa, lepas je solat Subuh buka kedai. Jualan kelmarin kurang memberansangkan coz buka sampai tengahari je. Malam tak buka, sebab tertidur kepenatan.

Pagi ni ke Rumah Persekutuan. Hantar borang claim (Safwan punye) kat Pn Norainah. Terjumpa Pn Radziah...."Bila nak datang rumah?...Kirim salam kat Isteri ye." Kalau semua kakitangan kat Jabatan ni macam dia kan bagus.Taklah tension sangat. Dahlah nak parking satu hal. Bilalah agaknya Jabatan Pelajaran nak pindah ke bangunan Persekutuan yang baru????

Balik rumah pakai jalan belakang. Dah lama tak ikut jalan ni. Makin rosak. Apa taknye, Macam-macam jenis lori yang "limpas". Sampai kat kat kedai, Leong dah menunggu. Sori lah..Lupa lak dia nak jumpa pagi ni. Dahlah hp tertinggal kat kedai. Dia nak balik Trg dah. Maklumlah, bapaknya asyik tanya je. Aku pun sama juga. Asal je balik kg, mesti orang tanya. Bila nak balik? Kalau ikut kan hati, hari ni pun aku nak balik. Cerita punye cerita dah jam 10:30. Kena siap-siap nak ke sekolah.

Sebelum bertolak, singgah kat bank kejap. First CIMB, then EON Bank. Ada 15 orang menunggu. 3 kaunter je buka. Punyelah lambat, 15 minit aku menunggu. Kenapa lah servis dia orang tak canggih macam kat PB. Then, bergegas ke sekolah. Sampai sekolah tepat jam 12:20. Terus masuk kelas. Tak sempat makanpun. Lepas kelas (1:30), solat Zohor. Makan tengahari. Ada kelas lagi (2:05-3:15). Then, rehat 20 minit. Masuk kelas semula (3:35-4:45). Habis kelas, solat Asar berjemaah dengan pelajar. 5:50, punch out.

Sampai rumah jam 7:35 mlm. Tiada karan. Dari jam 6:00 petang lagi. Nasib baik tak lama. Jam 8 dah ada semula. Malam ni makan nasi lauk ikan bawal masak ...masak apa ye?...tak tahu masak apa. Tak kisahlah, yang penting sedap....Tq for My wife. Lepas solat Isyak, ke kedai pulak. Ok lah. Nak buat kerja lain lak...

Tuesday, May 8, 2007

Masa itu kehidupan

Pejam celik pejam celik jumpa balik hari Isnin. Pantas sungguh masa berlalu. Hari ni dah 7hb. Kejap lagi dah tengah bulan. Then, masuk bulan Jun... tinggal 6 bulan lagi nak habis 2007. Bulan Oktober PMR. Sukatanpun banyak lagi tak habis. Banyak kerja. Tak habis-habis.

Macam-macam orang gambarkan tentang masa. Ada yang kata "masa itu emas", "masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak potongnya nescaya ia akan potong kamu", "masa yang pergi tidak kembali lagi" dan lain-lain lagi.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang pemimpin sebuah gerakan Islam "Al-Waktu hu al Hayah". Maksudnya : "Masa itu adalah kehidupan." Memang pun! Sedetik masa berlalu, berkurang sudah umur kita. Bayangkan kalau kita mensia-siakan masa kita, samalah kita mensia-siakan hidup kita.

Beruntunglah orang-orang yang dapat mengurus masanya dengan baik. Semua orang mempunyai masa yang sama. Tidak ada yang lebih dari 24 jam sehari semalam. Sedarlah bahawa tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada.

Pagi ni saya luangkan masa untuk baca email-email. Saya tertarik dengan kata-kata Dr Hassan Basri dalam emailnya: "ana ni rajin menulis sbb ada masa (sikap macam nipun tak kena juga), lepas ni cuti 5 hari, nak iring menteri KPTM, Tok Pa dan KSU yang datang lawatan kerja di sini.... forget about kecil hati, kerdil diri sahabat sekelian, stand up to the chellenge, and we are above the issue (pinjam istilah Dr Daud)."

Monday, May 7, 2007

FPN DAN FPI

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.


Berapa ramai agaknya guru yang menghayati FPN ini. Saya sendiripun belum ingat sepenuhnya FPN dan FPI ini (hafal belum tapi dah (dan masih lagi) laksana tuntutannya). Saya masukkan dalam blog ini untuk menjadi peringatan buat diri saya sendiri.

Guru dan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
- Usman Awang


Kehebatan guru telah diabadikan olehAllahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) dalam sajaknya yang tersohor:

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang(1979)

Saya kurang pasti bila sajak ini diungkapkan dan di mana. Jika tahun 1979, saya baru berusia 9 tahun ketika itu (Darjah 3 di SK Padang Setar). Saya hairan juga kenapa Allahyarham membandingkan sekolah mewah di ibu kota dengan sekolah yang sudah uzur di Hulu Terengganu. Agaknya sekolah manalah yang digambarkan oleh Allahyarham. Sekolah saya masa tu dah bangunan batu (masih baru).

Guru Oh Guru ....sambungan

Kalau nak jadi guru macam yang KPM nak memang tak semudah jadi guru kerana dah tak ada kerja lain. Kat sekolah kita bukan sekadar mengajar. Ada yang jadi Ketua Bidang, GKMP, KP,SUP(macam2),Guru Tingkatan, Guru Penasihat, Guru Bertugas, Urusetia Disiplin dll...Banyak-banyak. Jadi Guru Tingkatan pun dah kira teruk. Hari-hari kena rekodkan kedatangan pelajar, pelajar ponteng kena hantar surat amaran, ada kes berat panggil ibubapa pulak. Masa exam kena siapkan analisis peperiksaan. Bayangkan kalau dialah GKMP @ KP, JU, Pentaksir, Pemeriksa dll...masa mana nak siapkan BRG (wajib), bila nak fikirkan BBM. aduih...aduih. Kalau silap hb boleh naik darah (memang ramai pun yang dapat HB).

Walau apa sekalipun tugas yang diamanahkan, sang guru yang mulia tetap akur dan komited dengan tugasnya. Maklumlah, tugas guru ni kan tugas yang mulia. Lagi banyak kerja, lagi banyak pahala. kalau ikhlaslah.

Guru Oh Guru

Menjadi seorang guru bukan lah suatu perkara yang mudah. Ramai orang beranggapan demikian. Kalau sekadar nak jadi guru kerana nak dapat sesuap nasi memang lah mudah.