Saturday, July 28, 2007

Dalam Wad - Hari 1

27 Jun 2007

Seawal 6:30 pagi beberapa orang doktor memasuki wad ortopedik tingkat 3 Hospital Queen Elizabeth.

Bila tiba giliran ku, mereka mengelilingi katil ku. Dr Kunalan memeriksa tangan, dada dan belakangku. Aku kesakitan bila beliau menekan tempat yang sakit. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku dipakaikan dengan "Coller" untuk mengelak kepalaku bergerak...sebab takut ada tulang yang patah di rusuk dan belakangku. na'uzubillah! Aku cukup ngeri bila mengenangkan pasal patah ni.

Aku betul-betul tak boleh bergerak. Tangan kiri bersambung dengan wayar (air), tangan kanan dan kepala tak boleh digerakkan. Asyik mendongak ke atas je.

Orang yang pertama menziarahi ku ialah bos aku sendiri, En Matlan Datu Unjong. Kebetulan beliau juga dimasukkan ke wad sehari sebelumnya. Cuma beliau di Tingkat 7 wad kelas pertama. Aku lebih selesa di wad ini, kerana ramai orang. Kalau di wad kelas pertama, sebilik dua orang. Kalau ada apa-apa hal susah lagi.

Tidak lama kemudian, isteri ku tiba. Pengetuaku beredar ke wadnya semula. Huda dan Adam ditinggalkan dirumah Ustaz Abdul. Nasib baik rumahnya kat belakang hospital je. Aku belum boleh makan lagi. kena puasa sehingga doktor pastikan kecederaanku. Tak lama kemudian isteri beredar untuk pulang mengambil pakaian di rumah.

Lebih kurang jam 9 pagi, aku dibawa untuk x-ray sekali lagi kerana imej yang diambil tidak jelas. Aku diangkat ke atas troli untuk dibawa di bilik x-ray di tingkat bawah. Aku rasa hampir sejam aku terbaring kesakitan di atas troli sehingga namaku dipanggil.

Nak x-ray pun punye sengsara. Macam-macam sudut x-ray. Hampir sejam juga. Selesai x-ray, aku kembali ke katil ku di Wad. lega. Taklah kesakitan dan kesejukan atas troli besi tadi tu.

Berdasarkan kepada x-ray tersebut, dada dan belakangku ok. tangan je yang patah. So, doktor bagitau besok aku boleh keluar. Aku cakap, macam nak keluar besok, nak bangunpun tak boleh. So, beliau bagi rest another 1 day kat wad tu.

Di Hospital

Sampai di Unit Kecemasan, Ustaz Abdul dan Kak Saadiah sudah sedia menunggu. Doktor yang bertugas, Dr Ramesh membuat pemeriksaan segera. Dia meminta aku bertenang. Seketika kemudian isteriku tiba. Alhamdulillah, dia tenang je. Syukur juga, walaupun tengah teruk alahan, masih boleh drive sendiri.

Aku dibawake bilik x-ray. Lepas tu, doktor mengarahkan aku dimasukkan ke wad. masa tu baru aku perasaan kehadiran Runzi. Dia ternampak kereta aku accident masa dia otw ke KK. Runzi dan Ustaz Abdul membantu menolak troli ke wad.

Sampai di wad, aku diberi sepasang pakaian serba hijau muda (pakaian seragam penghuni wad). Ini kali kedua aku pakai uniform ni.

Aku terbaring je atas katil. Tidak dapat bergerak. Adam dan Huda nampak cool je. Mungkin masih kebingungan lagi, sebab tengah sedap tidur, dikejutkan dan datang ke hospital.

Lebihkurang jam 4:30 pagi Runzi meminta diri untuk pulang. Jam 5:30 pagi, Ustaz Abdul,Kak Saadiah, isteri dan anak-anakku beredar pulang...bila keadaanku mula stabil.

Semasa dalam ambulan

Hari ini genap sebulan aku ditimpa kemalangan. Masih bercuti..6 Ogos ada appointment lagi dengan doktor pakar tulang. Banyak lagi yang ingin dicatatkan di blog ini, namun apakan daya...taip guna sebelah tangan je..

Hampir 20 minit kemalangan berlaku, ambulan JPA3 sampai. Aku diusung ke dalam ambulance. Tangan kanan tak boleh angkat. Dada dan belakang sakit bukan kepalang. Adakah masa aku telah tiba. Aku berdoa masanya bukan sekarang. Aku belum bersedia lagi. Belum bersedia untuk menghadapi segala soalan dan ujian yang tak mampu aku jawab.

Aku masih sempat menelefon beberapa rakan. Kebanyakannya tidak berjawab. Mujurlah Kak Saadiah mengangkat telefon. Aku meminta beliau suaminya, Ustaz Abdul datang ke hospital..

Thursday, July 12, 2007

Malang tidak berbau


Jam 1:10 pagi aku menghantar Ustaz Shahrin(PP di Jakim PJ) ke Kompleks Tabung Haji, selepas minum di Lot 14 Anjung Senja.

Shahrin mempelawa aku untuk bermalam di sana sahaja, tapi aku berkeras untuk balik kerana belum balik lagi dari pagi. Balik sekolah ke rumah Pak Lah, kelas tambahan BA, then 10:10 malam terus ke KK.

Lagipun aku ada belikan nasi goreng ikan masin untuk isteri di rumah.

Aku memandu pulang menyusuri jalan pantai. Hanya ada beberapa buah kereta di kedua belah jalan. Aku memandu di lorong sebelah kiri. Apabila menghampiri bulatan berdekatan masjid Bandaraya, aku memasuki lorong kanan untuk pulang ke Inanam.

Sebaik sahaja aku berada dilorong kanan, tiba-tiba aku melihat kelibat sebuah kenderaan bersaiz besar menaiki pembahagi jalan dan dengan pantas menuju tepat ke arah aku. Apa yang boleh aku buat...nothing. Apa yang aku ingat.."matilah aku".

Kami berlanggar secara berdepan. Aku pasrah. Duuuum! Sungguh kuat hentakannya kerana kedua-dua kereta sedang bergerak.

Aku tersedar aku masih hidup. Terlintas di kepala ku kereta nak meletup (macam dalam movie). Aku cuba keluar dari pintu kanan, tapi pintu tak dapat dibuka. Aku menolak dengan kaki, tapi tak dapat juga. Aku cuba buka pintu sebelah kiri, dapat. Aku terus bangun. Tersangkut kat tali pinggang keledar. Terkial-kial aku nak buka talipinggang. Aku terus keluar jauh dari kereta.

Tioba-tiba aku berasa cecair panas mengalir dari kepala ku. Dahiku berdarah. Tangan, dada dan belakang terasa sakit. Aku kembali ke kereta duduk di kerusi sebelah pemandu. Masa itu aku nampak, jalanraya dibasahi minyak petrol. Tapi aku tak berupaya untuk bangun lagi.

Aku meraba-raba mencari telefon. Tak jumpa. Aku suruh seseorang untuk call no hp aku. Rupa-rupanya terpenting ke belakang. Aku terus menelefon isteri utuk datang ke tempat kejadian.

10 minit kemudian polis sampai. Aku meminta mereka memanggil Rudy (polis trafik yang tinggal di perumahan yang sama). Bila Rudy sampai, terkejut dia tengok aku dan terus nak bawak aku ke hospital. Pada ketika itu ambulan JPA3 tiba. Aku minta tolong Rudy supaya tunggu di situ sampai isteri ku sampai.

Kembali bersua

Setelah post terakhir pada 6 Jun 2007, aku tiada kesempatan untuk updated blog ni sehingga lah ke saat ini. Itupun hanya menggunakan sebelah tangan..tangan kiri....

Banyak perkara yang berlaku dari 6 Jun..

Kesibukan di kedai, periksa kertas, penjualan kedai, proses pemindahan streamyx, sekolah dibuka semula, meeting dan meeting, Pentaksiran berasaskan Sekolah dan akhir sekali...peristiwa 27 Jun 2007 tepat jam 1:20 pagi...yang telah merubah secara total kehidupan ku!