Tuesday, August 7, 2007

Apakah masih ada harapan?

Hari ini aku ada appointment di QEH untuk buka simen. Perasaan gembira bercampur takut bermain di fikiran. Selepas 2 jam menunggu, barulah tiba giliranku.

Aku masuk ke bilik 7. Doktor Ang membuka failku. Dia membuat satu lagi explanation yang menyebabkan aku rasa berdebar-debar. Melihat kepada x-ray terkini, tulang tanganku tidak berada di posisi yang betul. Salah satu dari tulang tersebut telah patah dihujungnya (berdekatan dengan pergelangan tangan). Satu bahagian terjatuh sedikit dan tulang sendi juga turut mengikutnya.

Aku rasa hairan, mengapa masa temu janji pada 16 hb Jun yang lalu Dr Chua (MS Chua) tidak menyebut tentang masalah itu. Beliau cuba menyatakan tulang tersebut telah menjadi lebih pendek dari tulang yang satu lagi. Penyelesaiannya buat operatian untuk menarik tulang tersebut ke atas. Tapi, masa tu dah 3 minggu, kemungkinan besar tidak berjaya. So, biarkan sahaja. Second choice, potong tulang yang satu lagi supaya sama panjang.

Dr Ang meminta aku ke bilik 18 untuk membuka simen. Aku rasa lega bebas dari balutan tersebut. Then balik semula ke bilik 7. Dr Ang meminta aku menggerakkan tangan, pergelangan dan jari tangan. Tangan boleh digerakkan dengan bebas. Jari-jari tanganku hanya dapat digerakkan sedikit sahaja. Nak genggam tangan tak boleh.

Bila disuruh membengkokkan pergelangan tangan, baru aku sedar yang tangan ku tidak dapat berfungsi seperti dulu lagi. Aku tidak dapat menggerakkan pergelangan tangan ke atas ataupun ke bawah, ke kiri atau ke kanan. Macam tak ada sendi je!

Badan ku rasa seram sejuk dan terasa lemah. Dr meminta aku bertenang. Beliau menjelaskan itulah hakikatnya keadaanku. Very bad. Dulu dia orang ingatkan tak seteruk itu.

Dr Ang menyatakan selepas fisioterapi, mungkin tanganku boleh pulih 40 atau 60 peratus. 100 % tak mungkin!

Beliau memberi aku tempoh 6 minggu untuk menjalani proses fisioterapi.

Aku pasrah. Mungkinkah ada harapan untuk aku kembali normal? Wallahu a'lam.