Monday, June 8, 2009

Alif ceria
















Kambing Poring



Ada teka-teki dalam satu forum lebih kurang gini, Asam bin Asim; Kambing bin .........
Jawapannya: Kambing bin Atang.

Kambing di atas aku jumpa dalam perjalanan balik dari Poring. Cantikkan tanduk dia.
Ada 2,3 ekor lagi, tapi yang lain tu tak hensem.

Sunday, June 7, 2009

Hari Perpaduan KRT Taman Nikmat 2009

Pada hari Sabtu 6 Jun 2009 jam 7:00 pagi KRT Taman Nikmat telah mengadakan Hari Perpaduan. Program ini bermula dengan Perkhemahan Rakan Muda pada 5 Jun lagi.



Kelihatan Huda sedang menerima hadiah daripada Encik Bisi, Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud.

Acara pada pagi ini dimulakan senamrobik. Lepas tu ada sukaneka. 4 Acara dipertandingkan. Kumpulan aku dapat tempat ke 3 je dalam acara pakaian beragam.


Kebanyakan acara dimenangi oleh kumpulan Cikgu Nasdin, Remaja Lama dan Hensem Boy.

Pakaian Tradisi

Aku dan Alif bergambar kenangan bersama dengan anak-anak yang berpakaian tradisi Bajau. Cantikkan! Colourful.

Gambar ni dirakam sempena masjlis perkahwinan anak lelaki Cikgu Abdullah (Pak Lah).

Sepak manggis



Ia merupakan permainan tradisonal di Kota Belud. Bila ada majlis perkahwinan, adalah permainan ini. Masa-masa lainpun boleh main juga. Nak tahu lebih lanjut, boleh search kat google.

Saturday, June 6, 2009

Alif di Lobby


Kenapa masam je Alif? Ada masalah ke? Apa agaknya yang dia fikirkan tu.

Alif di lobby Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa pada 2 Jun 2009. Sebenarnya dia sedang demam. Tapi, masih juga mahu jalan sana, jalan sini.

Gambar Keluarga 2009


Gambar ni diambil pada 1 Januari 2009 11:17 pagi. Cuaca hari ini sungguh baik. Jarang-jarang dapat view yang begini cantik. Biasanya jam 10 pagi kemuncak Gunung Kinabalu akan diliputi awan. So, Sesiapa yang tengok gunung, datanglah awal pagi.