Sunday, June 3, 2007

Keindahan Alam

31 Mei, Us Sarip sms, ajak pergi rehlah di Suangai Moyog. Tanpa fikir panjang, aku setuju je. Bukan apa, dah lama tak bawak anak-anak "release tension".

Janji jumpa di Shell jalan Tambunan sebelum jam 7.00 pagi. Aku confident je sampai sana sebelum jam 7.00, sebab dekat je dari rumah aku...about 10 km.

Tapi biasa lah, siap punya siap, jam 7:15 baru bertolak. Jam 7:25 sampai di Shell Jalan Tambunan. Tiada orang sudah. Rasanya aku dah terlewat. Call Us Sarip, masih OTW. Selepas dua minit, dia sampai dengan askar-askarnya. Memang sebahagian kawan-kawan dah jalan.

Us Sarip suruh aku jalan dulu. Dia nak pergi pasar Dogongong. Cari ayam untuk bbq. Aku pun jalan jelah. selepas 20 minit, belum juga nampak sign board Kg Moyog. Aku dah putus asa. Rasanya dah silap jalan. Lepas Kg Kibunut, aku nampak ada orang cuci kereta tepi jalan. Guna air bukit...free lah. Aku tanya dia, diapun tak tahu. Apa nak buat... Aku tumpang sekaki..cuci kereta. Mami Huda kata: "Kita rehlah kat sini dahlah." Habis je makan mee sebungkus, Us Mail dan C S sampai. "Ada lagi yang lewat rupanya." dalam hati aku.

Mereka pun tak tahu tempat tu. Call Us Nik pun tak dapat. Apalah teruknya celcom...kata 95% coverage! Kami redah je. Tak sampai 1 km, nampak label Kg Moyog. Ish..Ish..Dah dekat rupanya. Dr Z dan anak teruna masih setia menunggu tepi jalan..Jadi penunjuk arah.

Rupanya tempat tu taklah jauh dari jalan besar, tapi celcom dan maxis langsung tiada signal. Tapi sungguh menabjubkan, Digi aku "penuh". Ajaib-ajaib! Patutlah aku yang dah 10 tahun dengan celcom boleh berpindah ke DG.

Tempat perkelahan di Sungai Moyog tu milik orang persendirian. Nak masuk kena bayar RM2. Kecil je tempatnya. Nak banding dengan Air Terjun Sekayu, panggil tak dengar lah. Tapi best. Sungai jernih. Ada sign board melarang menangkap ikan. Jika tidak, kena Sugit seekor babi seberat 50 Kg!

Huda dan Adam lah orang paling seronok hari ni. Manalah aku pernah bawak dia orang ke tempat macam ni. Aku pun apa kurangnya. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Sekayu pun dah lama aku tak pergi.

Penat mandi, makan. Lepas tu mandi lagi. Jam 12 tengahari. Berkemas untuk pulang. Adam kata : "Ayah! Esok kita datang lagi ye." Entahlah Adam, ada peluang kita datang lah. Kalau tak, tunggulah kita balik Trg. Boleh ikut Ki ke Sekayu atau Belukar Bukit.

MAB: Aku rasa tenang betul berada di Sugai Moyog ni. Kesejukan airnya, kehijauan pokok-pokok di kiri kanan sungai. Kicauan burung. Aku teringat Firman Allah dalam surah a-li ‘Imraan : 190 yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"

“Verily, in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day, there are indeed signs (of Allah’s might, wisdom and abundance mercy) for men of understanding.”