Monday, February 11, 2008

Minyak Percuma

Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma

ASHGABAT 9 Feb. – Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan pemberian minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.

Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori, traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.

Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan, Neutral Turkmenistan.

“Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak mengisi secara percuma di stesen minyak,” lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga pasaran.

Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak, mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi negara di kawal oleh kerajaan pusat.

– AFP
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm

Wednesday, January 9, 2008

Rezeki di hujung tahun

Tanggal 12 Zulhijjah yang lepas bersamaan 22 Disember 2007, aku dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Seorang lelaki.

Dilahirkan di Dewan Bersalin Hospital Likas, KK tepat jam 7.04.

Beratnya 2.3 kg. Panjang 45 cm. Apgar Score 9/10. Rasa kekok juga nak pegang dia sebab kakak dan abang dia lebih besar. Huda 2.75 kg, Adam 3.9 kg.

Nama? Pada mulanya nak beri nama Yusuf, tapi orang Trg tak setuju takut kena panggil Usop. Akhirnya pada 4 Januari 2008, dia dinamakan ALIF. Tapi glamournya tetap Yusus, bukan Usop ya.

Memandangkan dia dilahirkan pada minggu ke 35, dia terpaksa ditempatkan di NICU selama 11 hari.

Sepatutnya dia dilahirkan pada 25 Januari ini.