Monday, June 8, 2009

Alif ceria
















Kambing Poring



Ada teka-teki dalam satu forum lebih kurang gini, Asam bin Asim; Kambing bin .........
Jawapannya: Kambing bin Atang.

Kambing di atas aku jumpa dalam perjalanan balik dari Poring. Cantikkan tanduk dia.
Ada 2,3 ekor lagi, tapi yang lain tu tak hensem.

Sunday, June 7, 2009

Hari Perpaduan KRT Taman Nikmat 2009

Pada hari Sabtu 6 Jun 2009 jam 7:00 pagi KRT Taman Nikmat telah mengadakan Hari Perpaduan. Program ini bermula dengan Perkhemahan Rakan Muda pada 5 Jun lagi.



Kelihatan Huda sedang menerima hadiah daripada Encik Bisi, Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud.

Acara pada pagi ini dimulakan senamrobik. Lepas tu ada sukaneka. 4 Acara dipertandingkan. Kumpulan aku dapat tempat ke 3 je dalam acara pakaian beragam.


Kebanyakan acara dimenangi oleh kumpulan Cikgu Nasdin, Remaja Lama dan Hensem Boy.

Pakaian Tradisi

Aku dan Alif bergambar kenangan bersama dengan anak-anak yang berpakaian tradisi Bajau. Cantikkan! Colourful.

Gambar ni dirakam sempena masjlis perkahwinan anak lelaki Cikgu Abdullah (Pak Lah).

Sepak manggis



Ia merupakan permainan tradisonal di Kota Belud. Bila ada majlis perkahwinan, adalah permainan ini. Masa-masa lainpun boleh main juga. Nak tahu lebih lanjut, boleh search kat google.

Saturday, June 6, 2009

Alif di Lobby


Kenapa masam je Alif? Ada masalah ke? Apa agaknya yang dia fikirkan tu.

Alif di lobby Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa pada 2 Jun 2009. Sebenarnya dia sedang demam. Tapi, masih juga mahu jalan sana, jalan sini.

Gambar Keluarga 2009


Gambar ni diambil pada 1 Januari 2009 11:17 pagi. Cuaca hari ini sungguh baik. Jarang-jarang dapat view yang begini cantik. Biasanya jam 10 pagi kemuncak Gunung Kinabalu akan diliputi awan. So, Sesiapa yang tengok gunung, datanglah awal pagi.

Gambar Kahwin


Ini bukan gambar baru. Aku scan gambar dari album. Aku kahwin 26 11 1999. 26 11 tahun ni genaplahlah 10 tahun. Sebelah kiri aku, bapa dan ibu mentua dan yang sebelah isteri aku tu, ibu dan bapa aku.

Gambar-gambar di Poring









Bergambar depan Gunung Kinabalu




Bukan depan Gunung Kinabalu, tapi berlatar belakangkan Gunung Kibalu. View dari Perkasa Hotel.

ALIF



Gambar Alif masa dalam perjalan dari Kundasang ke Poring. Boring je muka dia sebab tersangkut dalam kesesakan yang aku dah ceritakan tadi.

Jalan Sesak



Ini gambaran kesesakan untuk memasuki Pekan Ranau. Gambar ni aku ambil pulang dari Poring. Aku kira dari pekan Ranau panjang deretan kereta 6 km. Pagi tadi masa aku on the way ke Poring sesak juga. Mula-mula ok je turun dari Kundasang. Lagi 2 km nak sampai Pekan Ranau, mula dah sesak. Sejam lebih baru sampai Pekan Ranau. Aku tak dapat bayangkan berapa jam lah orang-orang yang berada 6km lagi nak masuk Pekan Ranau!!! Apa boleh buat. Hanya ini sahaja jalan yang ada. Kalau dari Kundasang ke Poring pun pagi tadi aku ambil masa 1 jam 40 min (33 km je). Mungkin saat ini, Kundasang ke Sandakan akan jadi 6jam atau lebih!

Ninja yang depan aku tu ustaz Abdul punya.

Friday, June 5, 2009

Pekan Kundasang


Ini jalan masuk nak ke Mersilau. Jalan depan sikit jumpa SMK Kundasang (sebelah kanan). Mersilau jauh lagi.



Gambar ni aku ambil dari atas bukit berdekatan dengan Hotel Perkasa (Sekarang Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa).

Puasa 22 Ogos Raya 20 September

Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.
PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Kalau begitu, memang confirm lah aku balik raya pertama. Apa boleh buat. Dah tersilap beli tiket. Tapi tak apa, ini bukan kali pertama aku balik beraya Hari Raya Pertama. Tahun 2002 kalau tak silap, aku balik Raya Pertama. Malam tidur kat Pan Pacific KLIA. Keesokan baru fly ke Trg. Semua ini gara-gara nakkan tiket murah.

Minum malam bersama CO

Aku sampai di rumah lebih kurang jam9:30 malam dari KK. 1000 Tuan CO call ajak minum.

Di mana? Anjung Nikmat atau Ni'mat. Lebih kurang 100 meter dari rumah aku. 10:15 Tuan CO datang. Sorang je malam ni. Biasanye dengan drebar. Dia kata dia tinggal sorang sekarang. Isteri dah pindah KL - kerja semula. Anak-anak balik bercuti di kampung.

Tuan Co kita pulak sibuk menguruskan Perkhemahan Kadet Bersatu peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Bulan lepas Peringkat Negeri Sabah. Kami mengimbas kembali cerita Kadet di Tok Jiring dan KIK. Katanya, di tok Jiring tinggal 10 orang je. Di KIK (sekarang KISAS) pun tak se gah dulu.

Abis makan dan mengeteh (istilah Dr Taufik & Co)kami bersurai. Jam 11 malam dah. Besok kalau tak dak hal CO ajak tengok tempat di orang berkhemah. Selamat Malam.