Saturday, October 13, 2007

Perkembangan kesihatan

Ramai yang berminat nak tahu tentang kesihatan aku.

Mungkin betul-betul prihatin..

mungkin saja-saja nak tanya...

mungkin kerana lama sangat aku bercuti...

Sebenarnya kesihatan aku bertambah baik walaupun belum pulih 100%.

Selepas menjalani beberapa sessi fisioterapi dan melalui perubatan alternatif, tangan aku menunjukkan perubahan positif.

Kalau semasa simen dibuka pada 6 Ogos lalu, tangan aku langsung tak boleh digerak atau disentuh.

Selepas diurut 3 hari berturut-turut di KB, tangan aku dah boleh angkat sikit.

Masa sessi Fisioterapi yang pertama tangan aku (aku maksukkan pergelangan tangan ) boleh gerak 10% ke bawah dan 25% ke atas. Kekuatan genggaman hanya 4 kg, berbanding tangan kiri 40 kg!

Selepas berurut di Keningau dengan Pak Mat pada 19 Ogos, tangan aku dah boleh diangkat dan boleh menyuap makanan dengan tangan kanan.

Dalam sessi fisioterapi kedua pada 23 Ogos, ada sedikit perubahan. 25% ke bawah dan 40% ke atas... Kekuatan gengaman naik jadi 12 kg.

Aku pergi sekali lagi berurut di Keningau pada 15 September. Aku minta urut bahu dan lutut sekali. Rupanya bahu, siku dan lutut aku sakit sebab impak dari accident tempohari.

Semasa sessi fifioterapi kali ke 3 pada 2 Oktober, menunjukkan perkembangan baik. 40% ke bawah dan 55 ke atas. Bacaan kekuatan genggamanpun meningkat ke 18 kg. Tangan kiri 42kg.

Sekarang, aku masih berusaha untuk membolehkan tangan aku berfungsi seperti sediakala.

Cuma tengkuk aku masih rasa sakit bile mahu pusing ke kiri atau ke kanan.

No comments: