Thursday, July 12, 2007

Malang tidak berbau


Jam 1:10 pagi aku menghantar Ustaz Shahrin(PP di Jakim PJ) ke Kompleks Tabung Haji, selepas minum di Lot 14 Anjung Senja.

Shahrin mempelawa aku untuk bermalam di sana sahaja, tapi aku berkeras untuk balik kerana belum balik lagi dari pagi. Balik sekolah ke rumah Pak Lah, kelas tambahan BA, then 10:10 malam terus ke KK.

Lagipun aku ada belikan nasi goreng ikan masin untuk isteri di rumah.

Aku memandu pulang menyusuri jalan pantai. Hanya ada beberapa buah kereta di kedua belah jalan. Aku memandu di lorong sebelah kiri. Apabila menghampiri bulatan berdekatan masjid Bandaraya, aku memasuki lorong kanan untuk pulang ke Inanam.

Sebaik sahaja aku berada dilorong kanan, tiba-tiba aku melihat kelibat sebuah kenderaan bersaiz besar menaiki pembahagi jalan dan dengan pantas menuju tepat ke arah aku. Apa yang boleh aku buat...nothing. Apa yang aku ingat.."matilah aku".

Kami berlanggar secara berdepan. Aku pasrah. Duuuum! Sungguh kuat hentakannya kerana kedua-dua kereta sedang bergerak.

Aku tersedar aku masih hidup. Terlintas di kepala ku kereta nak meletup (macam dalam movie). Aku cuba keluar dari pintu kanan, tapi pintu tak dapat dibuka. Aku menolak dengan kaki, tapi tak dapat juga. Aku cuba buka pintu sebelah kiri, dapat. Aku terus bangun. Tersangkut kat tali pinggang keledar. Terkial-kial aku nak buka talipinggang. Aku terus keluar jauh dari kereta.

Tioba-tiba aku berasa cecair panas mengalir dari kepala ku. Dahiku berdarah. Tangan, dada dan belakang terasa sakit. Aku kembali ke kereta duduk di kerusi sebelah pemandu. Masa itu aku nampak, jalanraya dibasahi minyak petrol. Tapi aku tak berupaya untuk bangun lagi.

Aku meraba-raba mencari telefon. Tak jumpa. Aku suruh seseorang untuk call no hp aku. Rupa-rupanya terpenting ke belakang. Aku terus menelefon isteri utuk datang ke tempat kejadian.

10 minit kemudian polis sampai. Aku meminta mereka memanggil Rudy (polis trafik yang tinggal di perumahan yang sama). Bila Rudy sampai, terkejut dia tengok aku dan terus nak bawak aku ke hospital. Pada ketika itu ambulan JPA3 tiba. Aku minta tolong Rudy supaya tunggu di situ sampai isteri ku sampai.

4 comments:

Abu_Khayr said...

Takziah atas apa yang berlaku... Kesian enta... Ana dapat tahu dr Cha om pd malam enta eksiden. Apapun, syukur enta selamat... : Abu_Khayr

MAB said...

terima kasih atas ingatan tersebut.

abuaslam said...

assalamualaikum

tak perasan pula yang anta dah ada blog..ada dlm incoming link blog ana abuaslam.com... pagi ni baru klik..

mcm mana sekarang.. dah sihat ka..tangan dah ok ke..

w/apa pun tahniah dah ada blog.. memang menarik.. sbb ada banyak gambar.. blog ana guna wordpress.. ana sendiri tak tahu mcm mana nak masukkan gambar..

wassalamualaikum
adam malik najri@abu aslam

MAB said...

baru belajar berblog..tapi tak menentu lagi.

tangan masih berbalut. 6 ogos ni buka. harap2 tak de masalah lah.

anyway,t.kasihlah kerana sudi mengunjungi blog ana.