Saturday, July 28, 2007

Dalam Wad - Hari 1

27 Jun 2007

Seawal 6:30 pagi beberapa orang doktor memasuki wad ortopedik tingkat 3 Hospital Queen Elizabeth.

Bila tiba giliran ku, mereka mengelilingi katil ku. Dr Kunalan memeriksa tangan, dada dan belakangku. Aku kesakitan bila beliau menekan tempat yang sakit. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku dipakaikan dengan "Coller" untuk mengelak kepalaku bergerak...sebab takut ada tulang yang patah di rusuk dan belakangku. na'uzubillah! Aku cukup ngeri bila mengenangkan pasal patah ni.

Aku betul-betul tak boleh bergerak. Tangan kiri bersambung dengan wayar (air), tangan kanan dan kepala tak boleh digerakkan. Asyik mendongak ke atas je.

Orang yang pertama menziarahi ku ialah bos aku sendiri, En Matlan Datu Unjong. Kebetulan beliau juga dimasukkan ke wad sehari sebelumnya. Cuma beliau di Tingkat 7 wad kelas pertama. Aku lebih selesa di wad ini, kerana ramai orang. Kalau di wad kelas pertama, sebilik dua orang. Kalau ada apa-apa hal susah lagi.

Tidak lama kemudian, isteri ku tiba. Pengetuaku beredar ke wadnya semula. Huda dan Adam ditinggalkan dirumah Ustaz Abdul. Nasib baik rumahnya kat belakang hospital je. Aku belum boleh makan lagi. kena puasa sehingga doktor pastikan kecederaanku. Tak lama kemudian isteri beredar untuk pulang mengambil pakaian di rumah.

Lebih kurang jam 9 pagi, aku dibawa untuk x-ray sekali lagi kerana imej yang diambil tidak jelas. Aku diangkat ke atas troli untuk dibawa di bilik x-ray di tingkat bawah. Aku rasa hampir sejam aku terbaring kesakitan di atas troli sehingga namaku dipanggil.

Nak x-ray pun punye sengsara. Macam-macam sudut x-ray. Hampir sejam juga. Selesai x-ray, aku kembali ke katil ku di Wad. lega. Taklah kesakitan dan kesejukan atas troli besi tadi tu.

Berdasarkan kepada x-ray tersebut, dada dan belakangku ok. tangan je yang patah. So, doktor bagitau besok aku boleh keluar. Aku cakap, macam nak keluar besok, nak bangunpun tak boleh. So, beliau bagi rest another 1 day kat wad tu.

No comments: