Tuesday, May 15, 2007

Imbuhan Untuk Guru

Belum lagi ada apa-apa berita tentang tentang tuntutan Cuepacs, kerajaan mengumumkan lagi beberapa imbuhan yang bakal diterima oleh warga guru. Berdebar-debar dada guru. Adakah imbuhan yang bakal diumumkan pada 16 Mei ini akan dinikmati oleh semua warga guru, atau segelintir sahaja.

Formula 40:30:20:10 peratus telah mencetuskan pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat. Sama-sama lah kita tunggu.

Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam ialah pada tahun 1991. Masa tu aku baru tahun satu.

Seingat aku, sejak aku kerja, ada dua kali kenaikan 10% x 2. Tapi itu bukan atas semakan semula, cuma penyelarasan sahaja. Aku pun tak tak tahu (dan takk nak ambik tau) apa beza semakan dan penyelarasan.

al-muhim,gaji naik.

Jika kerajaan naikkan gajipun memang wajarpun. Kesian "kaki dan "tangan" kerajaan. Kenaikan tahunan gaji, tak sempat nak hambat kenaikan harga barang.

Cuba bayangkan, masa aku mula sampai di Sabah (15.01.2000), tak lama lepas tu KK diisytihar Bandaraya (02.02.2000) harga petrol baru RM1.08. Selepas beberapa kali naik, harganya menjangkau RM1.90 seliter.

Setiap hari, aku gunakan 11 liter untuk ulang-alik Inanam-KB.
2000-? : 11 x RM1.08 = RM11.88
2006-? : 11 x RM1.90 = RM20.90

Jika harga minyak naik 10 sen seliter, kena tambah RM1.10 sehari!

Dari 2000-2006 kenaikan bahan bakar sahaja hampir 76%!

Bila minyak naik, semua barang naik (Minyak turunpun barang tetap naik!).

Selalu saya dengar orang berkata, "Lebih baik gaji tak naik, kerana naik gaji, barang-barang pun turut naik. So, tolak campur, sama je."

Saya rasa tak begitu, walaupun gaji tak naik, barang tetap naik (sama ada kita sedar atau tak). So, mana lebih baik, naikkan gaji atau biarkan "kaki" dan "tangan" anda terus dihimpit "ketidakcukupan".

MAB: Bilalah dapat isi minyak 10 sen seliter!

No comments: