Sunday, May 13, 2007

Sukaneka

Sempena hari guru, Kelab Staf Smard (KSS)menganjurkan Sukaneka pagi Sabtu 12 Mei 2007. Jam 7:40 turun dari rumah. Huda dan Adam ikut sama. Sampai di sekolah, sukaneka dah selesai. Awal pulak acara mula. Anyway, bagus juga. Tak lah kotor pakaian. Acara yang tinggal ialah Sepak Manggis (untuk guru lelaki) dan Batu Seremban (untuk guru perempuan.

Duduk lebih kurang 30 minit, Azami ajak pergi kenduri rumah Ustaz Khalil. Anak lelakinya kahwin. Lepas makan, singgah kat Pasar Kota Belud beli Ayam,mee kuning dan sawi. Tak pernah beli ayam atau daging kat Pasar Besar KK. Was-was. Sama ada beli di KB atau kat Ahstar Trading dan kedai Ustaz Ku di Likas.

1 comment:

Amid said...

ASM, AbuHuda. Semoga sudah beransur "samseng" balik. Selepas balik dari Hospital KK, Safwan beritahu tentang blog AbuHuda, singgah sekejap - Mana tahu ada khorma!