Tuesday, May 22, 2007

Kenaikan gaji 7.5 hingga 35 peratus

Akhirnya teka teki semakan gaji terjawab.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan (kurang 2.5%-5% seperti yang dituntut oleh Cuepacs) pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

4 Faktor yang diambil kira.

PM berkata, faktor pertama yang diambil kira dalam membuat pertimbangan kenaikan gaji sektor awam adalah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik dalam tempoh lima tahun yang lalu iaitu purata 5.6 peratus setahun.

Perdana Menteri berkata, faktor kedua adalah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.

Faktor ketiga ialah kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Faktor keempat, kata Perdana Menteri, adalah kemampuan kewangan kerajaan di mana pengutipan cukai negara telah bertambah dengan ketara, manakala keberkesanan perbelanjaan telah dapat ditingkatkan.

Semoga dengan kenaikan ini, kakitangan awam (terutama golongan sokongan 2(Gred 1-16) menarik nafas lega. Ini bermakna, pekerja yang bergaji permulaan RM480 akan mendapat RM648. Kan bagus begitu. Kerajaan pun akan lebih bermaruah kerana tidak membiarkan kakitangan mereka hidup dalam "kemiskinan".

Maklumat lanjut tentang gaji(lama) boleh didapati di:
http://www.jpa.gov.my/sistem/bge/inovasi2006/default.htm

Bagi golongan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dinaikkan 15 peratus. Walaupun kurang 5% dari yang diharapkan, aku tetap bersyukur. Kan begitu kawan-kawan! Adalah extra RM300 dalam gaji bulan Julai ni. Bila dicampur dengan Elaun Wilayah, jadilah RM350++.

Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40) dinaikkan 25 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dinaikkan 7.5 peratus.

PDRM dan ATM juga turut mendapat kenaikan. Berapa % ye? Tak ingat. Esoklah beli BH atau UM.

MAB: Tahniah kepada Tuan CO dapat kenaikan 18%. Balik dari Semporna nanti, belanja makan kat Anjung Senja (Lot 14) atau Anjung Selera (TLC) ya!

No comments: