Saturday, May 12, 2007

Sabtu: Antara keluarga dan Tugas

Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk berkumpul bersama keluarga. Malangnya, oleh kerana masa bekerja (Isnin-Jumaat) belum cukup lagi, maka Sabtu dan Ahad bukan milik mutlak kita bersama family. Mungkin inilah kos yang perlu kita bayar untuk mengejar CGT.

Kadang-kadang aku sendiri jadi bingung. Jika ada program hari Sabtu, mulalah susah hati. Nak pergi atau tidak. Nak pergi pun susah tak pergi pun susah. Sabtu lepas, kena attend Mesyuarat Kurikulum. Sebagai KP BA, aku tak leh excuse. Minggu ni ada sukaneka anjuran KSS sempena sambutan Hari Guru. Minggu depan bawa pelajar ke Program Kecemerlangan KAA (18-20 Mei). Sabtu 26 Mei, ada perkhemahan pulak.

Kan bagus kalau kita diberi pilihan. Yang wajib, tetap wajib dibuat. Yang Sunat, buat dapat pahala, tak buat tak berdosa (tak payah bagi surat tunjuk sebablah). Yang Harus, buat pun takpe, tak buatpun takpe. Kalau sesuatu kerja tu memang kita punye kerja, dan tak ada orang lain yang boleh buat, kenalah kita buat.

Imam Hassan Al-Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya, lalu beliau menjawab:
"Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambiloleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

"Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak akan dilakukan oleh orang lain, maka aku lakukannya."

"Aku tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, maka aku takut Dia (Allah) melihatku melakukan maksiat."

"Aku tahu bahawa mati menungguku, maka aku bersedia dengan bekalan untuk bertemu Allah SWT."

Dipetik dari Buku Teks PAI T3 ms 243.

No comments: